Jenis buldog
Jenis buldog

Jenis buldog

Buldog[lower-alpha 1] ialah sejenis anjing yang digunakan secara tradisional untuk sukan berdarah pengumpanan dan laga anjing, tetapi kini dibela untuk tujuan lain, termasuk sebagai anjing pendamping, anjing pengawal, dan anjing tangkap.[1][2][3] Buldog biasanya merupakan haiwan gempal, berkuasa, dan berbinaan segi empat sama dengan muncung besar dan kuat jenis brakisefalik.[2] "Bul(l)" ialah rujukan yang berasal dari England yang merujuk kepada sukan pengumpanan lembu, yang merupakan sukan kebangsaan di England pada antara abad ke-13 dengan abad ke-18.[4] Buldog dipercayai telah dikembangkan semasa abad ke-16 pada Era Elizabeth daripada mastif yang lebih besar, kerana anjing lebih kecil dan lebih padat adalah lebih sesuai untuk pengumpanan.[1][2][3]

Rujukan

WikiPedia: Jenis buldog https://www.vice.com/en_ca/article/7x4ywx/your-yor... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC49659... https://doi.org/10.1186%2Fs40575-016-0036-y https://www.worldcat.org/issn/2052-6687 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27478618 https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Jenis_... https://www.vdh.de/welpen/zuechter/downloadPdf/id/... http://cbkc.org/application/views/docs/padroes/pad... http://cbkc.org/application/views/docs/padroes/pad... https://web.archive.org/web/20171222053121/http://...